Belajar Bahasa Arab Al Quran Pdf

Belajar Bahasa Arab Al Quran Pdf

Belajar Tajwid Al Quran

Entah bagaimana, terdapat guru agama/al-Qur'an (terutama di Malaysia dan di beberapa negara lain di Asia) mempercayai bahawa membaca al-Qur'an tanpa memahami pengertian ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Qur'an (teks al-Quran) tersebut, si-pembaca masih akan diberi ganjaran (pahala) oleh Allah SWT. Malah, menurut mereka, Allah akan memberi ganjaran (pahala) sebanyak sepuluh (10) kali ganda bagi setiap abjad (huruf tulisan Arab) ketika ia membaca ayat-ayat al-Qur'an tersebut. (memang terhadap hadith mengenai pahala membaca al-Qur'an). Berlawanan dengan fahaman yang dinyatakan tadi, terdapat juga guru-guru agama/al-Qur'an yang berpendapat sebaliknya. Mereka berpendapat, jika kita membaca al-Qur'an tanpa memahami maknanya, kita bukan sahaja tidak akan mendapat apa-apa ganjaran (pahala), malah al -Qur'an (maksudnya, PenciptaNya, ia-itu Allah) akan menlaknat kita dan akan mengambil perbuatan kita itu sebagai bukti terhadap diri kita pada hari kiamat nanti sebab kita tidak meletakkan apa-apa usaha untuk cuba mempelajari dan memahami bahasa Arab al-Qur'an yang diturunkan dalam bahasa Arab. X kylie minogue. Penulis bersetuju dengan pendapat ini (ia-itu, si-pembaca tidak akan mendapat apa-apa ganjaran jika tidak faham apa yang dia baca) dan ini adalah sebab utama mengapa Penulis memutuskan untuk menulis dan berkongsi dalil-dalil al-Qur'an berkaitan wajib kita faham bahasa Arab al-Qur'an.